“Merah?”
“Taknak. Hitam.”
Aku kerut kening. Tangan sibuk belek
Chuck Taylor merah.
“Tapi saya suka yang merah.”
“Aku suka hitam. I demand you to wear
black.”
Buat yang kesekian kalinya dia paksa
aku buat benda yang dia suka. Kadang aku tak faham apa yang ada dalam kepala
dia. Apa yang dia fikir, apa yang dia rasa. Aku minta cadangan untuk kasut yang
aku nak beli untuk kaki aku tapi kena ikut citarasa dia pulak.
Serius. Aku sangat tak faham dengan
dia.
“Joe, Aku laparlah. Jom makan.”
Sekilas aku pandang Aera kat depan.
Dengan gitar besar gedabak kat bahu dia, rambut gaya Avril Lavinge dalam video
Smile (calit-calit hijau), kemeja denim lusuh yang disarung dengan t-shirt
putih. Sungguh dia tak ada langsung ciri-ciri wanita idaman yang pernah aku
tulis dalam biodata zaman sekolah aku dulu kala.
Yang comel dan sentiasa kelihatan
comel? TAK.
Yang nampak manis dengan baju-baju
serba girly? TAK JUGAK.
Yang selalu senyum dalam apa jua
situasi? SANGAT TAK.
Dia 24 jam pasang muka ketat. Nak
tengok dia senyum tu boleh dikira rasanya. Tak ada langsung aura ‘kelihatan
manis bagai seorang gadis’. Aura hitam. Dia sangat garang.
“Joe, Kau dengar tak apa aku kata
tadi? Cepatlah.. Pukul 10 nanti aku dah janji dengan Rae nak jamming.”
“Ya. Ya.”
“Yang hitam tau! Jangan ambik merah!”
“Ya. Hitam kan ni?”
“Aku tunggu kat luar, eh?”
“Ya.”
Entah kenapa dengan aku asyik
mengalah dengan dia. Kalau orang lain, konfem awal-awal dah cabut lari daripada
manusia macam dia. Lepas bayar kasut yang 100% citarasa si Aera, aku menapak
keluar dari kedai. Toleh kiri toleh kanan, nampak Aera tengah bersandar
sorang-sorang kat dinding kedai sebelah. Sambil-sambil tu dia sibuk tengok jam
kat handphone dia. Bila nampak aku jalan ke arah dia, Aera terus blah
tinggalkan aku kat belakang. Itu maknanya dia memang nak aku ikut ke mana saja
dia nak pergi waktu tu.
‘Loser gila dia ni!’ Aku tahu itulah
ayat yang tengah terpampang dalam otak korang sekarang.
“Aku belanja.”
Ayat Aera bila tiba kat
McDonalds. Aku tak balas apa sebab hmmmm.. Aku dah cakap tadi dia sorang yang
SANGAT GARANG kan? Bila dia nak buat satu benda tu, biarkan. Lepas order itu
ini, kitorang duduk kat meja yang agak tersorok nun jauh di sudut paling
tersorok sekali dalam francais makanan tak sihat tu. Aera duduk depan aku;
saling menghadap. Gitar dia letak tepi. Terus dia hadap apa yang kat depan mata
tanpa mengajak aku makan sama. Takde perbualan langsung. Aku rasa Aera
betul-betul lapar masa tu. Tiba-tiba, handphone dia berbunyi. Mesej masuk.
Tiba-tiba lagi reaksi muka dia berubah. Tak tahu lah nak kata dia tengah senyum
atau nak marah, dia pandang tepat ke dalam anak mata aku.
“Joe..”
Aera sebut nama aku pelan-pelan. Aku
telan liur. Takut gak lah.
PAPP!
Tangan aku kena rentap kasar.
“LARVA DAPAT JOIN BATTLE OF THE BAND
TU! BESTNYA! YEAYY!” teriak Aera. Nada sehabis ceria. Aku sempat hela nafas
lega sebelum senyum kasi naik mood dia.
Band dia lagi. Larva sana, Larva
sini. Bila entah Larva tu nak mencapai tahap kematangan lalu menginjak ke tahap
dewasa aku pun tak tahu. Ke forever Larva?
“Joe! Joe! Kita kena cepat-cepat
makan ni. Rae dah panggil pergi practice sekarang! Kau nak ikut tak? Jom lah!
Tengok aku main.”
“Rasanya tak boleh lah. Saya kena
balik lepas ni. Kena ajar Ricky math.”
Damn. Mulut aku sejak bila pandai mengolah
pendustaan?
“Ricky? Siapa Ricky?”
Aku diam kejap. Nampak sangat tak
reti nak bohong orang. Loser gila kau, Ljoe.
“Ricky, anak jiran sebelah,” aku
jawab main kelentong. Padahal Ricky nama ayam member aku si CAP tu. Mati aku
kalau Aera tahu.
“Alaa.. tak boleh ikut lah ea?” nada
ceria Aera hilang serta-merta.
“Sorry.. lain kali ok.”
“Kau tak pernah tengok aku perform.”
Dia dah start dah. Sebab taknak jadi
gaduh, aku diam. Aera sambung makan. Awkward.
*****
Jam dah nak ke angka 9.15 malam. Aera
jalan seiring aku; nak hantar aku balik katanya. Aku tahu sangat tak macho
sebab perempuan yang kata ‘Aku hantar kau balik ea? Dah malam ni.’ Aku tahu tu
/double facepalm/. Tapi, Aera nak jugak buat benda tu. Tak tahu lah situasi
kitorang ni macam tersalah lahir jantina ke apa. Bila aku offer nak hantar dia
sampai tempat jamming, Aera tolak mentah-mentah. Alasan Aera, ‘Jalan rumah kau
dekat dengan tempat aku jamming. Apa salahnya. Lagipun kau kena ajar Ricky
maths kan?’. Dusta yang memakan diri.
“Joe, kau kenal Calum Hood tak? Bassist 5SOS. Aku minat gila dia! Best tau tengok dia perform,” kata Aera
sambil dia gerak-gerakkan jari macam tengah main gitar. Mulut pulak buat bunyi
gitar cara manual versi manusia. Aku tengok dia. Senyum. Biar dia terus bercerita.
“Lepas tu Rae kata kalau kitorang menang battle of the band tu dia nak bawak Larva pergi Australia. Aku nak tengok 5SOS depan mata aku! Aera, fighting!”
Aku masih senyum. Tak tahu nak cakap apa.
“Selama ni awak kat position apa?”
giliran aku aku bercakap. Karang Aera tuduh aku bisu kalau tak bagi respons.
“Rhythm. Aku pernah bagitau kau kan dulu?”
Aku angkat kening sekali. Punca – aku
taktau apa-apa berkaitan gitar. Jauh sekali hal-hal perihal band. Aku tahu main piano je. Itu pun sebab masa kecik-kecik dulu mak aku paksa. Kalau aku
cakap kat Aera yang aku malas nak dengar semua cerita pasal band dia, mesti dia
kata aku geek yang menghadap laptop 24/7 sebab tak ambil tahu perihal semasa.
Kononnya.
“Aku fikir nak beli gitar baru lah.
Apa pendapat kau?”
“Gitar awak dah rosak ke?”
“Takde lah rosak tapi hari tu aku
nampak kedai gitar kat jalan seberang sana dia offer harga murah untuk satu Gibson
SG merah. Aku dah lama usha benda tu tau.”
“Why not. Beli jelah.” Hambar gila
jawapan aku.
Aera senyap. Aku tahu dia tak puas
hati dengan jawapan aku tapi dia tak cakap. Kitorang senyap sampailah kat depan
rumah aku. Aku pandang Aera. Dia diri depan aku tapi mata hadap jalan. Awkward
gila.
“Aku.. pergi dulu lah, ya,” kata
Aera. Baru berapa langkah, aku pegang lengan dia. Tahan dia dari pergi. Drama
sangat.
“I’m sorry..”
Aera pusing pandang aku. Dia senyum
segaris.
“Tak apa lah. Not a big deal. Chill~”
“Tak. Saya kenal awak, Aera.”
“Tak apa lah. Aku dah lambat ni nak
practice untuk battle tu. Nanti Rae mengamuk, mati lah aku.”
Oh, dia sebut pasal band lagi. Masa-masa
macam ni pun dia nak ingatkan aku pasal band dia. Aku sebenarnya sangat fed up
dengan cerita-cerita band, gitar, battle, blablabla.
“Can’t you stop talking about your
band?” Nada aku mula berubah. Aera toleh aku balik. Kali ni dia tak cakap apa-apa. Hanya pandang; mohon
penjelasan. Dari air muka dia, aku tahu dia terkejut bila aku cakap macam tu. Aku lepaskan pegangan aku dari lengan dia. Kali ni aku nak lawan
sifat loser aku yang dah sebati gila dalam diri.
“Awak dah berubah, Aera. Awak dah tak
kisah apa yang saya rasa, apa yang saya fikir, apa yang saya suka. Asyik saya
yang kena ikut apa yang awak nak.”
“Apa kau cakap ni, Joe?” Aera
bersuara. Muka dia mula berkerut.
“Salah saya, saya minta maaf. Salah
awak? Saya juga yang minta maaf. Awak asyik cerita pasal band awak, gitar awak.
Even tadi pun awak nak timbulkan pasal jamming, practice, battle semua tu.”
Dia diam. Tunggu aku habis luah semua
benda.
“Kalau asyik saya yang kena mengalah,
hubungan kita ni takkan ke mana, Aera. Lepas awak kenal Rae, awak kenal gitar
letrik, awak kenal band apa benda nama Larva tu, awak langsung tak kenal diri
awak. Awak tak kenal saya! Awak siap buat rambut ala-ala penyanyi rock
mana-mana entah kat luar tu.”
Urghh. Kenapa aku ada perasaan marah
membara-bara sekarang ni? Soal rambut dia pun nak pertikai. Aku dah tak kisah
dengan statement ‘dia seorang yang sangat garang’ tu lagi.
“Kenapa sekarang kau baru nak
complain?” nada sarkastik habis limit.
“Saya sayang awak! Saya sokong apa
yang awak nak buat. Tapi awak langsung tak fikir perasaan saya!”
Sebelum aku makin memburukkan keadaan
yang dah buruk, aku terus blah dari pandangan mata Aera. Aku rasa betul-betul
sakit hati masa tu. Kesabaran aku habis teruji. Aku tak cakap apa-apa kat Aera
dan terus menapak masuk rumah. Masuk bilik. Hempas badan kat atas katil. Beg kertas
Converse aku campak ke mana-mana.
Arghhhh! Stressnya!
*****
Aku pandang skrin handphone kat
tangan. Tak ada langsung tanda-tanda Aera nak pujuk aku ke, bagi penjelasan ke.
Jauh sekali lah nak minta maaf. Kawasan sekeliling universiti ni pun macam
hambar. Dah tiga hari berlalu sejak kes aku tiba-tiba dapat keberanian kuasa
empat belas nak lawan Aera. Dah tiga hari jugaklah aku tak jumpa Aera langsung.
Situasi ni macam zaman-zaman aku belum kenal Aera. Zaman-zaman aku hidup dengan
dunia aku. Tak terfikir nak tahu macam mana dunia orang lain. Sampai satu hari
ada sorang perempuan dengan gitar akustik kat bahu dia, cakap kat aku..
“Ljoe. Nama kau Ljoe, kan? aku suka kat kau. Nak jadi boyfriend aku tak?”
Confession dia sangat direct. Mula-mula
aku fikir dia nak prank aku. Jadi aku tak ambil peduli pasal confession dia. Yelah,
aku tak kenal dia kot. Mana pulak dia boleh kenal aku lepas tu tiba-tiba nak
kata suka. Gila agaknya dia tu. Tapi sejak hari tu, Aera akan muncul tiap-tiap
hari depan aku dan cakap benda yang sama. Nasib je dia course muzik dan aku
course bahasa. Kalau tak mesti aku jumpa dia 24 jam. Dia yang gigih ikut aku,
cari aku, tarik perhatian aku, entah macam mana hati aku boleh kata YA.
Jujurlah, aku rindu dia sebenarnya.
“Aera mana?” Satu suara menghentikan
lamunan aku yang dah terlalu panjang. Aku toleh si pemilik suara kat sebelah. Bila
masa dia duduk kat sebelah aku, aku pun tak tahu. Sena pandang aku dengan
senyum di bibir.
“Entah,” pendek aku jawab. Acuh tak
acuh. Tangan mula selak helaian buku yang dari tadi terbuka depan mata. Aku je
yang tak terasa nak baca. Sebab malas nak layan manusia-manusia berjantina
perempuan sekarang ni, aku mula halakan mata ke bait-bait panjang berperenggan
dalam buku.
“Eh?! Kenapa?”
“Kenapa apa?”
“Korang gaduh ke?”
“Mana ada.”
“Kau ada perempuan lain?”
“Taklah.”
“Aera curang?”
Serta-merta aku pandang Sena balik. Dia
senyum mengejek.
“Kau ni kenapa?” aku tanya Sena.
Menyirap pulak dengan soalan-soalan dia tu.
“Eleh, jealous lah tu.”
“I’m not. Totally.”
“Jadi, betul lah Aera ada lelaki
lain?!”
“Bukan lah! Dah! Aku pening kepala
dengan kau ni! Pergilah!”
“HAHAHA! Aku gurau jelah. Sentap
sangat kau.”
Kecik besar kecik besar je aku
pandang si Sena yang tengah ketawa. Aku malas dah nak layan Sena. Aku pandang
balik buku. Konon-konon nak study dengan harapan Sena pergi jauh. Tiba-tiba dia
bersuara lagi.
“Weh Ljoe, nak ikut aku pergi kedai
CD tak petang ni? Aku nak cari album INFINITE lah. Aku ajak CAP dia kata dia
ada presentation petang ni. Dia suruh aku ajak kau.”
“INFINITE? Benda yang ada dalam maths
tu ke?” aku jawab soalan Sena dengan soalan jugak. Tak pandang Sena langsung;
asyik baca ayat-ayat yang berpusing-pusing dalam buku. Tiba-tiba je satu
tamparan yang agak kuat lagi menyakitkan hinggap kat bahu aku.
“Jangan nak hina INFINITE aku!”
“Apa?”
Apehal dia ni nak pukul aku
tiba-tiba? Tak paham betul lah dengan kaum perempuan seantero dunia ni!
“INFINITE aku bukan yang ada dalam maths
tu. INFINITE aku udara,” jawab Sena. Sungguh aku tak paham apa yang dia cuba
sampaikan kat aku. Aku garu kepala yang tak gatal dengan muka yang
berkerut-kerut tanda aku betul-betul tak dapat hadam fakta yang Sena bagi.
Ljoe. Ljoe. Ljoe. Aku rasa kau kurang
satu fakta umum berkenaan alam sekitar. Mungkin INFINITE tu adalah nama lain
untuk udara.
“Ok. Aku ada kelas sekarang. Teman
aku tau nanti! Bye!”
“Eh! Aku tak kata..”
Sena dah berlari pergi. Aku tengok je
dia yang makin jauh. Tapak tangan ke dahi. Keluhan berat terlepas jua.
Aera kerja kat kedai CD. Macam mana
ni? Aku taknak jumpa dia!
*****
“Ljoe! Jomlah! Jom!”
Sena kunci lengan aku sambil dia
sedaya upaya tarik aku masuk kedai CD yang dia nak pergi. Dalam keadaan
terpaksa aku ikut. Yeah, memang kedai CD tempat Aera kerja. Kenapa kedai CD ni
yang jadi pilihan hati Sena?!
Mata melilau cari bayang Aera.
Kot-kot shif dia petang pulak. Sesekali aku tutup muka pakai sling bag aku.
Bila aku rasa selamat sebab tak nampak langsung Aera, aku diri dekat dengan
Sena.
“Kau kenapa bawak aku pergi sini?”
bisik aku ke Sena. Sumpah dia ni selalu buat hidup aku kucar-kacir dari kecik
sampai besar.
“Kenapa?” Sena balas; jugak main
bisik-bisik.
“Aera kerja kat sini!”
“Yeke? Ok lah tu! Aku boleh dapat
diskaun dari dia!”
“Dia pekerja jelah, bukan anak bos.”
“Tapi dia kan girlfriend kau. Kau
cakap lah aku kawan merangkap jiran sebelah rumah kau. Aku pun teringin nak
tegur dia depan-depan.”
“Aku tengah gaduh dengan dia. Aku
taknak jumpa dia.”
Kali ni Sena melopong pandang aku.
Lepas berapa saat dia tutup mulut dia pakai tangan.
“Jadi betullah Aera curang?!”
“Taklah! Kau asyik sebut pasal curang
dari tengahari tadi kenapa?”
Suara orang berdehem memotong
perbualan antara aku dengan Sena yang pada dasarnya cuma bisik-bisik macam lah
kitorang ada dalam perpustakaan negara. Aku dengan Sena serentak pusing
belakang.
Aera.
O. M. G. Dia kerja waktu ni!
Tangan Aera perlahan mencapai CD yang
terletak betul-betul kat tempat antara aku dengan Sena berdiri; menghadap rak
CD. Sena melopong lagi. Lepas tu dia pandang aku. Aku pandang Sena balik. Aera
langsung tak ambil kisah kewujudan aku kat situ. Lepas dia ambil CD tadi, Aera
terus pergi kat kaunter dan tunjuk kat sorang pelanggan yang tengah tunggu
untuk dilayan. Dengan sikap Aera yang seolah-olah nak aku minta maaf lagi, aku
jadi bengang. Bengang gila.
“Ljoe, dia tak hiraukan kau.”
Tak payah cakap, aku dah tahu.
“Dah lah dia tak kenal aku. Kalau dia
salah anggap aku girlfriend baru kau macam mana? Cari nahas lah kau ni!”
Aku perhati Sena lama-lama. Tiba-tiba
muncul perancangan yang aku rasa boleh mengubat rasa bengang aku tadi.
“Kau pergi lah cari INFINITE udara
apa benda semua yang kau nak cari.” Sena yang baru teringat tujuan utama dia
pergi kedai CD terus blah tinggalkan aku. Aku jalan kat rak CD berdekatan
dengan kaunter; dekat jugak dengan Aera.
“Terima kasih,” sebaris perkataan
yang Aera sebut untuk pelanggan tadi. Sebab nak tunggu si Sena habis menelaah
setiap CD kat satu sudut kedai, aku pun menyibukkan diri dengan tengok-tengok
setiap tajuk kat CD depan aku. Sesekali aku jeling apa yang Aera tengah buat
dari hujung anak mata.
Dia dah potong rambut. Tak ada lagi
warna-warna hijau kat rambut dia.
Kejap. Urghh! Dia tak nampak ke aku
kat sini? Nak aku mengalah ke apa? Oh, no no no no. Kali ni kau kena kental,
Ljoe.
“Joe! I found it!”
Sena muncul sebelah aku dengan album cover
lelaki-lelaki entah apa-apa gaya siap tulisan Destiny. Aku senyum kat Sena.
Lepas tu aku ambil album tu dari tangan dia dan bawa pergi ke kaunter. Kaunter
tempat Aera yang sibuk sangat kerja sampai taknak pandang aku mahupun tegur tu.
“Saya bayarkan,” itu yang aku cakap
kat Sena. Walau hati aku sebenarnya membuak-buak dengan niat lain.
“Hah?!”
“Saya bayarkan CD awak ni..” aku
ulang suara. Kali ni Sena besarkan mata tengok aku. Lepas tu dia pandang Aera
sekilas. Aku tahu dia tak percayakan aku sekarang. Aku pun tak percaya dengan
apa yang aku tengah buat. Tak tunggu lama aku terus serahkan album tadi kat
Aera untuk bayar. Sambil tunggu Aera nak pulang duit baki aku, aku pandang Sena
dan kata,
“Lepas ni kita tengok wayang nak?”
“Hah?”
“Tengok wayang nak tak?”
Sena ni kenapa jadi lembab tiba-tiba?
“Haa..”
Itu je yang si Sena tu balas. Aku
tahu dia tengah tak faham kenapa aku tiba-tiba kata nak belanja dia CD. Lepas
tu aku ngajak dia tengok wayang pulak. Ni kalau CAP tahu aku ngajak awek dia
tengok wayang, confirm melayang penumbuk dia kat muka aku. Aku jeling kat Aera.
Mana tau plan aku membuahkan hasil yang aku nak.
“Terima kasih. Datang lagi,” kata
Aera. Serius lah. Dia betul-betul tak endahkan aku kat depan dia. Aku tengok
muka dia langsung tak ada bibit-bibit menyirap ke, sakit hati ke, jealous ke.
Makin bertambah bengang aku bila dia selamba badak je dengan aku macam tak ada
pape yang berlaku.
Keluar je dari kedai CD, Sena
membebel panjang kat aku.
“Kau ni memang sengaja buat macam tu
ke apa? Kalau dia salah faham macam mana?”
Soalan Sena aku tak jawab. Aku hulur
tangan aku kat Sena; mintak dia bayar balik album dia yang aku beriya kata nak
belanja tadi.
“Kau yang kata nak belanja kan? Buruk
siku lah kau!”
“Tak kira, pulangkan balik duit aku.”
“Kau saje je kan buat macam tu depan
Aera? Ingat aku taktau?”
“Dah tu? Bayar balik.”
Sena membebel dan terus membebel tapi
dia keluarkan jugak duit dia dari dompet untuk aku. Sena ni tak macam Aera. Dia
punya kuasa membebel tu tak pernah nak kurang. Aera pulak jenis yang cakap
panjang-panjang lepas tu dia senyap berjam-jam. Handphone aku tiba-tiba
berbunyi. Aku tengok skrin; one message received.
Jangan
lupa bawak payung. Malam ni hujan. Kesian girlfriend kau nanti.
Terkebil-kebil aku baca mesej tu. Nama pengirim –
Cinta.
Cinta = Aera.
Aku baca balik sebaris mesej daripada
Aera tu. Lepas 3 hari dia tak contact aku dan aku pun tahan diri daripada
contact dia, ini mesej first yang dia bagi. Mesej yang jelas nak kata dia tak
ada rasa sikit pun cemburu pasal tadi.
Siapa girlfriend siapa sekarang ni?
*****
Hujan lebat mencurah-curah ke bumi.
Aku teringat mesej Aera petang tadi yang suruh aku bawak payung. Ya, aku ikut
pesan dia. Tapi aku tak dengan girlfriend aku malam ni. Aku keluar pun sebab
mak aku suruh beli susu untuk sarapan esok. Masa keluar rumah tadi tak hujan
langsung. Bila aku nak balik, aku tengok rintik air kat mana-mana. Nasib aku
bawak payung maka aku boleh berjalan balik ke rumah. On the way nak balik aku
lalu depan kedai CD tempat Aera kerja tu. Dah tutup.
“Achoo!”
Aku toleh balik kedai CD yang dah gelap tu
bila dengar ada suara orang bersin. Nampak bayang manusia kat penjuru kedai;
bersandar kat dinding. Entah kenapa kaki aku tukar hala pergi ke kedai CD yang
dah tutup tu. Bila aku dah kat depan kedai, aku nampak Aera yang tengah
bersandar. Dia selubung badan dia dengan jaket kulit yang biasa dia pakai pergi
mana-mana. Baru balik jamming kot. Bila dia nampak aku, reaksi dia macam
terkejut.
Hati aku bersungguh nak paksa aku
tanya Aera macam-macam soalan. Kenapa ada kat sini malam-malam hujan pulak tu?
Baru habis kerja ke? Sejuk tak? Kenapa tak bawak payung? Dah makan belum?
Kepala aku pulak tetap dengan ego melangit. Jadi, aku tak cakap apa-apa kat
Aera. Baru nak hulur payung aku kat dia dengan harapan dia boleh pakai payung
aku dan balik rumah dia, datang sorang lelaki tinggi rambut blonde pacak-pacak dengan
payung kat tangan. Masa tu aku dapat rasa yang kata-kata Sena siang tadi.. jadi
realiti – Aera curang.
“Aera, aku dah beli payung..” lelaki
tu berhentikan ayat dia bila nampak aku kat situ. Muka penuh tanda tanya.
“Kau lambat sangat kenapa, Rae? Sejuk
gila kau tahu tak?” Aera bersuara.
What? RAE? Rae… is a man?
Bila dengar Aera bercakap dengan dia,
lelaki yang nama Rae tu terus tak ambil peduli kewujudan aku. Mungkin dia
anggap aku tumpang berteduh jugak malam tu.
“Sorry lah aku lambat. Jom balik.
Aku hantar kau,” kata Rae.
Selama ni mati-mati aku fikir manusia
yang selalu disebut-sebut Aera dengan nama Rae tu sorang perempuan rupanya
sangkaan aku terpesong 360 darjah. Aku tengok je Aera ikut lelaki nama Rae tu
jalan dalam hujan. Pakai satu payung. Sama-sama usung gitar kat bahu. Aku sedar yang Rae lagi tinggi dari aku.
Aku rasa sangat loser. Kali ni double
loser.
*****
Morning.
Sepatah mesej dari Aera di pagi
hari. Aku tak balas. Aku teringat detik-detik dia tinggalkan aku minggu lepas.
Dengan tak cakap apa-apa, dengan lelaki yang selama ni aku anggap sorang
perempuan. Jujurlah, aku agak patah hati. Aku anggap Aera salah hantar mesej.
Dia nak hantar kat Rae tapi tersilap hantar kat aku.
Aku
nak jumpa kau nanti. Nak cakap pasal band.
Mesej kedua dari Aera. Aku rasa sangkaan aku betul.
Aera memang nak hantar mesej kat Rae. Takkan nak cakap pasal band dengan aku?
Urghh. Stress lah! Kenapa mesti nak salah hantar kat aku? Saja nak tayang
kebahagiaan diorang ke apa?
“Ljoe!” Sena jerit nama aku dari jauh.
Aku taknak cakap dengan semua orang
hari ni. Aku tak layan Sena dan terus blah. Entah kenapa aku rasa macam nak
nangis. Tapi tak ada lah tahap mengalir-ngalir air mata. Feeling je yang ada.
Jalan laju-laju, tiba-tiba aku terlanggar orang. Aku tengok CAP kat depan aku.
“Hei… kau kenapa ni?”
Aku pandang CAP tapi aku tak jawab
soalan dia. Lepas terkebil-kebil untuk beberapa saat depan dia, aku blah.
Sungguh aku tak ada rasa nak layan orang hari ni. Aku nak balik rumah.
*****
Tarikh 23 November yang ada bulatan
merah kat kalendar aku renung lama-lama. Lagi lima belas minit dah 23 November. Otak aku
melayang-layang fikir ni mungkin birthday paling tak best untuk tahun ni. Aku
baca balik mesej daripada Aera siang tadi.
Aku
nak jumpa kau nanti. Nak cakap pasal band.
Argghh. Geramnya. Dia lupa birthday
aku ke? Asyik band je dalam kepala dia!
“Ljoe! Ljoe! Kau ada kat rumah tak?”
Sayup kedengaran suara CAP dari luar
rumah. Aku bangkit dari katil pergi ke tingkap bilik yang terus menghadap
jalan. CAP lambai-lambai tangan kat aku. Aku nampak dia bawak satu kotak berbalut.
Terus aku turun aras bawah dan buka pintu depan rumah. Belum sempat aku cakap
apa-apa, CAP terus hulur kotak berbalut
tu kat aku.
Apa mimpi dia datang bawak hadiah?
“Sena bagi. Esok birthday kau kan? Dia
kata happy birthday.”
Oh, Sena. Mesti dia terasa dengan aku
siang tadi sampai tahap suruh CAP yang sampaikan hadiah.
“Mana dia?” Aku tercari-cari bayang
Sena kat luar, kot-kot dia datang sekali.
“Dia kat rumah dia lah. Bukan jauh
pun, sebelah je kan? Ni aku hantar pun sebab dia kata kau taknak layan dia
petang tadi.”
“Eh, aku tak marah dia tau.”
“Rilek ah. Dia ok je. Kau tu apehal?”
“Tak ada pape lah. Kau takde hadiah
untuk aku jugak? HAHAHA.”
“Aku? Aku bagi dalam mimpi kau nanti.
Dah lah, aku nak balik. Happy birthday!”
Dah aku agak, CAP memang takde bawak hadiah
untuk aku. Lepas ucap terima kasih aku terus tutup pintu dan naik ke bilik
semula. Excited nak bukak hadiah gara-gara kempunan nak dapat hadiah dari Aera.
Sudahlah Ljoe, dia pilih band dia dari kau.
Dengan penuh berhati-hati aku bukak
kotak yang Sena bagi guna perantara tadi. Ada satu kotak kasut converse yang
disertakan sekali dengan sekeping CD tertulis ‘play me first’.
“Minah ni nak kasi surprise pakai CD
INFINITE dia ke apa?”
Sebab hati aku merengek-rengek nak
tahu ada apa dalam CD tu, aku terus on laptop. Gelojoh gila la nak tunggu
laptop papar skrin desktop, aku siap gerak-gerakkan jari kat meja. Rasa lambat
gila sistem laptop aku beroperasi malam ni. Aku terus masukkan CD kat bahagian
player bila laptop aku dah betul-betul stabil nak bekerja.
Loading ---
Keluar pop out player yang main
format MP3. Aku kuatkan volume laptop.
Klik sini
*Tonight, the
entire time while I’m walking you home
You told me
that I have changed
That I’m not
considerate of you
You complain
Is love
always like butterflies to you?
To me, it’s
being comfortable
I don’t set
apart time to think about you
Aku tergamam. Ini bukan Sena. Aku kenal
aura ni. Orang yang aku rindu.
*I
always think about you
Yes, I think about you
Even on busy days, each moment, I see
you in each of those moments
I can’t show you everything but you can
feel a little too, right?
I always think about you
Every day, I think about you
Even at the moment when I fall asleep
and dream
I think about you, smiling in front of
me
Setiap bait lirik lagu tu macam nak sampaikan sesuatu kat aku. Aku jadi rindu. Aku rasa nak jumpa
dia sekarang jugak.
*Do
you remember? The day I confessed my love to you
I
didn’t prepare a special event but you accepted me
In my
heart always, like now
I always think
about you
*Each moment that we spent together is so
precious to me
So I can’t express it all in words but
I’ll show it to you little by little
I always think
Every day I think
When I wake up early in the morning…
I think about you, the happiest
person
Looking at you smiling in front of me
I love you..
Habis je lagu aku dengar suara Aera bercakap.
“Hai, Joe..”
Hai.
“.. Terkejut tak? Haha.”
Gila. Terkejut gila.
“.. Kau kenapa dah tak mesej aku
lagi? Aku terpaksa pakai cara ni sebab kau dah tak nak layan aku.”
Awak yang tak layan saya, Aera.
Rakaman suara Aera berjeda.
Agak lama.
“Akhir-akhir ni aku fikir balik apa
yang kau cakap kat aku dua minggu yang lepas. Malam. Kat depan rumah kau. Masa
tu aku nak pergi jamming. Kau ingat tak?”
Skrin laptop aku pandang. Kosong.
“… Joe, aku nak minta maaf. Bila aku nyanyi lagu tadi, aku mesti ingat kau. Aku tahu suara aku tak sedap. Kau jangan
buat aku macam tunggul kayu lagi lepas ni. Janganlah merajuk dengan aku.”
Aku ke yang merajuk?
“.. Aku dah potong rambut aku. Kau
nampak kan? Hari tu kau kata kau tak suka rambut aku yang style rock entah
apa-apa.”
Kali ni aku senyum. Sebenarnya aku
tak kisah rambut dia fesyen apa pun.
“.. Kau nak tahu tak? Larva menang battle of the band hari tu. Sebab kau tak ada, aku rasa hambar. Kau kenapa tak balas mesej aku?”
Enough with the band.
“.. Kau nak tahu tak? Larva menang battle of the band hari tu. Sebab kau tak ada, aku rasa hambar. Kau kenapa tak balas mesej aku?”
Enough with the band.
“Haa.. hari ni 21 November. Lusa
birthday kau. Betul tak?”
Aku pandang kalendar. Oh, Aera record
benda ni dua hari yang lepas lah?
“Aku nak bagi kau hadiah awal sebab
lepas ni aku tak tahu lah bila kita boleh jumpa lagi. Esok hari last aku kat
sini.”
Aku terkebil-kebil. Hari last?
“.. Kau ingat lagi tak dulu aku pernah kata kalau Larva menang battle tu Rae nak bawak kitorang semua pergi Australia? ... Aku fikir benda tu main-main.”
Senyap. Jangan kata...
".. Lepas tu aku dapat berita yang kitorang dapat offer untuk sign contract dengan satu company kat sana. Aku.. aku.. hmm.. Kau ingat tak aku kata aku nak tengok Calum Hood depan mata?"
Berdebar. Dunia aku rasakan berhenti berputar.
"Jadi, aku setuju nak ikut band aku."
Aera diam dalam jangka masa yang lama. Tiba-tiba dia ubah topik.
“.. Kau ingat lagi tak dulu aku pernah kata kalau Larva menang battle tu Rae nak bawak kitorang semua pergi Australia? ... Aku fikir benda tu main-main.”
Senyap. Jangan kata...
".. Lepas tu aku dapat berita yang kitorang dapat offer untuk sign contract dengan satu company kat sana. Aku.. aku.. hmm.. Kau ingat tak aku kata aku nak tengok Calum Hood depan mata?"
Berdebar. Dunia aku rasakan berhenti berputar.
"Jadi, aku setuju nak ikut band aku."
Aera diam dalam jangka masa yang lama. Tiba-tiba dia ubah topik.
“Cantik tak hadiah yang aku bagi? Kau
dah tengok belum?”
Aku terus bukak kotak kasut converse
yang dari tadi aku abaikan. Converse merah yang aku nak sangat beli dua minggu
lepas masa hari aku gaduh dengan Aera ada kat dalam tu. Sumpah aku rasa nak
menangis masa ni.
“HAHAH. Hari tu aku paksa kau beli
kasut hitam kan? Tapi tengok dari muka kau je aku tahu kau nak sangat kasut
merah tu. Aku dah beli kasut tu untuk kau bulan lepas masa aku dapat gaji weh! Takkan
lah aku nak biarkan kau beli kasut yang sama.”
Ni Aera. Jenis yang tiba-tiba. Dia selalu buat aku salah faham dengan semua benda yang dia tengah rancang!
“.. Joe.. Aku harap kau orang yang paling faham aku, impian aku, cita-cita aku..”
Tolong.. aku nak benda yang aku
dengar sekarang ni adalah prank dari Aera.
“.. aku nak senyum kat kau dari atas
stage dan masa tu kau tengok aku perform.”
Aera, kat sini pun kau boleh buat
benda tu! Kenapa nak pergi jauh?!
“.. Lagi satu, kau pun jangan risau
pasal Rae. Rae tu dah macam abang aku. Kau mesti fikir aku ada affair dengan
Rae malam yang kau datang kat aku masa hujan minggu lepas? Tengok muka kau je aku dah tahu. I’m the one who confessed, right? Jadi, sampai bila-bila pun aku akan suka
kau, Joe. Masa kau kata okay kat aku dulu, serius, aku tak percaya.”
Rakaman berakhir macam tu je.
Terpinga-pinga aku pandang skrin laptop. Mana lah tahu hang ke apa ke laptop
aku buat hal ke. Masa tu aku macam dengar berita yang tergantung tak ada
penghujung. Sebab tak puas hati tambah dengan perasaan aku yang bercampur baur,
aku terus cari handphone dan call si Aera. Tak ada balasan. Hampir 10 kali aku
cuba tapi tetap sama. Dia dah gerak pergi Australia ke? Dalam keadaan cuak, aku
terus call Sena pulak.
“Sena! Aera.. Aera.. Kau ada jumpa
dia ke?” itu ayat yang aku mula cakap kat Sena bila talian bersambung.
“Kau kenapa macam orang kena kejar
hantu? Aera.. tadi dia ada jumpa aku. Terkejut jugak lah. Hah! CAP ada hantar
hadiah kat kau tak? Tu dari Aera. Aku lupa nak cakap kat CAP tadi.”
“Tadi tu bila?”
“Ada lah dalam empat lima jam yang
lepas.”
“Itu bukan tadi!”
“Kau tak payah lah nak marah aku. Kau
ni kenapa?”
Garu kepala. Kusut gila masa ni. Aku nak jumpa Aera.
“Haa.. Masa Aera bagi kotak tu kat
kau, dia ada cakap apa-apa tak?”
Aku mesti cari Aera malam ni jugak.
Mesti.
“Dia kata ‘tolong bagi kat Ljoe, eh? Aku mesej dia, dia tak balas. Kau girlfriend baru dia kan?’ Gila kau. Kesian dia percaya lakonan kaku kau dulu. Aku pun kata lah aku kawan kau je. Lepas tu..”
Talian diputuskan. Dari aku buang
masa borak dengan Sena yang tak tahu apa-apa baik aku cari Aera. Aku nak tengok
dia depan mata aku. Dalam erti kata lain, aku taknak dia pergi.
Bodoh, Ljoe. Baru sekarang kau
terhegeh-hegeh nak cari dia. Dulu kau ego.
Dalam keadaan malam yang sejuk
bersalji tu aku lari cari Aera. Aku pergi kat kedai CD tempat dia kerja; tak
ada. Aku pergi tempat jamming dia; pun tak ada. Kedai gitar, dan semua tempat
yang biasa dia singgah semua tak ada.
Tolonglah. Jangan kata dia
betul-betul dah pergi!
“Joe.”
Aku toleh belakang. Dengan nafas
putus-putus cari udara. Aera senyum kat aku. Kat tangan, dia pegang roti yang
dah separuh kena makan. Muka dia langsung tak ada tunjuk sedih ke gembira ke
kecewa ke. Muka batu yang tengah senyum kat aku.
Rasa rindu aku kat dia dah tak boleh
nak tahan lagi dah. Aku terus lari kat Aera dan peluk dia semahu aku. Lega sangat.
Dia ada kat depan aku!
“Kau kenapa, Joe?” Aera tanya aku.
Dia tak balas pelukan aku sebab tangan dia sibuk pegang roti.
“Awak tak pergi mana-mana kan? Tak
pergi Australia kan? Tak kan? Cakap dengan saya yang awak tak pergi.”
Diam. Aera tak terus jawab soalan aku. Tiba-tiba tangan dia pukul bahu aku dari belakang.
“Bodoh," bisik Aera.
Aera mula menangis. Dia tekup muka dia kat bahu aku. Ini first time dia tunjuk sisi dia yang aku tak pernah nampak.
"Baru sekarang nak cakap dengan aku! Penat aku cari kau siang tadi tau. Semua orang kata kau dah balik. Dah lah tak balas mesej aku! Malu gila aku pusing-pusing satu uni lepas tu tanya 'Ljoe ada tak?' Kalau aku betul-betul pergi Australia macam mana?”
Aera mula menangis. Dia tekup muka dia kat bahu aku. Ini first time dia tunjuk sisi dia yang aku tak pernah nampak.
"Baru sekarang nak cakap dengan aku! Penat aku cari kau siang tadi tau. Semua orang kata kau dah balik. Dah lah tak balas mesej aku! Malu gila aku pusing-pusing satu uni lepas tu tanya 'Ljoe ada tak?' Kalau aku betul-betul pergi Australia macam mana?”
Aku nak lepaskan pelukan tapi Aera tahan. Dia paksa aku untuk terus peluk dia.
"Janganlah! Muka aku buruk ni!"
"Janganlah! Muka aku buruk ni!"
Sebab tak tahu nak buat apa sekarang, aku biar je Aera menangis kat bahu aku.
"Kau kenapa taknak layan aku? Aku rindu.." kata Aera. Kali ni aku dengar suara dia betul-betul macam orang yang tengah menangis.
"Kau kenapa taknak layan aku? Aku rindu.." kata Aera. Kali ni aku dengar suara dia betul-betul macam orang yang tengah menangis.
Tengok. Aku salah faham. Jadi, mesej dia yang sebelum-sebelum ni memang untuk aku lah? Ljoe. Bodoh lah kau ni.
"Lagi satu, kau tipu aku"
“Hah?”
Tak faham.
"Sena! Mati-mati aku fikir dia girlfriend baru kau! Kau tak pernah cakap kau ada jiran cantik macam dia. Habis tu Ricky tu adik dia eh?"
Gelak.
"Tak. Ricky tu nama ayam boyfriend Sena."
"Ingat kelakar lah tu?"
Aera lap air mata dia. Dia tolak aku jauh dari dia. Aku pandang dia tapi dia tak toleh langsung kat aku.
Aera lap air mata dia. Dia tolak aku jauh dari dia. Aku pandang dia tapi dia tak toleh langsung kat aku.
"Hmm... awak tak jadi pergi Australia, kan?" aku ulang balik soalan aku awal-awal jumpa Aera tadi.
"Tak. Aku cancel cita-cita aku nak jumpa Calum Hood sebab kau."
Oh, tersentuh gila. Selama ni aku fikir dia selalu pentingkan diri. Rupanya taraf aku lagi tinggi dari Calum Hood dia.
“Larva?”
“Diorang dah gerak dah.”
“Aera.. saya..”
“Dah jangan bebel. Birthday boy tak boleh membebel.”
Aera sumbat mulut aku dengan roti
dia. Tengah sibuk nak makan cara paksa tu Aera tiba-tiba kata,
"Joe, kau ingat tak dulu kau pernah bagi roti kat sorang perempuan yang main gitar tepi jalan?"
Aku kunyah gumpalan roti yang tak terhabis dalam mulut. Sambil-sambil tu aku fikir kisah-kisah silam zaman tok kaduk aku. Rasanya pernah. Kot. Itu pun sebab aku nampak perempuan tu nampak macam lapar sangat.
"Kau mesti tak perasan yang perempuan tu sebenarnya aku, kan?"
Aku pandang Aera. Dia serius atau saja nak prank?
"Hah! Dapat tak kasut merah yang kau nak sangat tu?"
Angguk laju-laju. Terima kasih, Aera.
"Jangan merajuk dengan aku lagi, tau."
Bila masa aku merajuk. Kau yang tak nak pandang aku. Asyik aku je salah. Haih~
"Jangan merajuk dengan aku lagi, tau."
Bila masa aku merajuk. Kau yang tak nak pandang aku. Asyik aku je salah. Haih~
“Hah! Joe! Joe! Joe! kau nak tau tak? Aku kan ada impian baru. Penat aku
fikir tau,” kata Aera bersungguh.
Angkat kening. Tak mampu nak cakap
dengan mulut penuh roti.
“Kita kahwin nak?”
Habis tersembur roti yang ada dalam mulut aku. Aku pandang Aera. Dia ketawa.
Dia dah start jadi orang yang aku tak
boleh nak jangka.
*translation
*translation
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hi~ Sedia maklum aku memang tak buat fanfic lagi. Aku rasa fanfic buang masa aku. Tapi aku still membaca lah. Aku kan ulat buku BHAHHAHAHAHHAHA. This oneshot is dedicated to 'the another me' [KAU TOLONG JANGAN SUKA LUKE AKU. BAI]. She requested a story between her and Ljoe. Yeah I used to love Ljoe too. Sebelum Myungsoo muncul mewarnai hari-hari aku. Thehe~ Feel nak menggarap idea semakin berkarat so.... ta-dah! Ni hadiah birthday untuk tahun depan. Aku lapo. Nak makan. Bai.




1 comment:
wow. seriously wow. ku menitiskan air mata. entah kenapa. lol. [tetiba]
Post a Comment