bloggie Fanfic

You.




          “Merah?”

          “Taknak. Hitam.”

          Aku kerut kening. Tangan sibuk belek Chuck Taylor merah.

          “Tapi saya suka yang merah.”

          “Aku suka hitam. I demand you to wear black.”

          Buat yang kesekian kalinya dia paksa aku buat benda yang dia suka. Kadang aku tak faham apa yang ada dalam kepala dia. Apa yang dia fikir, apa yang dia rasa. Aku minta cadangan untuk kasut yang aku nak beli untuk kaki aku tapi kena ikut citarasa dia pulak.

          Serius. Aku sangat tak faham dengan dia.

          “Joe, Aku laparlah. Jom makan.”

          Sekilas aku pandang Aera kat depan. Dengan gitar besar gedabak kat bahu dia, rambut gaya Avril Lavinge dalam video Smile (calit-calit hijau), kemeja denim lusuh yang disarung dengan t-shirt putih. Sungguh dia tak ada langsung ciri-ciri wanita idaman yang pernah aku tulis dalam biodata zaman sekolah aku dulu kala.

          Yang comel dan sentiasa kelihatan comel? TAK.

          Yang nampak manis dengan baju-baju serba girly? TAK JUGAK.

          Yang selalu senyum dalam apa jua situasi? SANGAT TAK.

          Dia 24 jam pasang muka ketat. Nak tengok dia senyum tu boleh dikira rasanya. Tak ada langsung aura ‘kelihatan manis bagai seorang gadis’. Aura hitam. Dia sangat garang.

          “Joe, Kau dengar tak apa aku kata tadi? Cepatlah.. Pukul 10 nanti aku dah janji dengan Rae nak jamming.”

          “Ya. Ya.”

          “Yang hitam tau! Jangan ambik merah!”

          “Ya. Hitam kan ni?”

          “Aku tunggu kat luar, eh?”

          “Ya.”

          Entah kenapa dengan aku asyik mengalah dengan dia. Kalau orang lain, konfem awal-awal dah cabut lari daripada manusia macam dia. Lepas bayar kasut yang 100% citarasa si Aera, aku menapak keluar dari kedai. Toleh kiri toleh kanan, nampak Aera tengah bersandar sorang-sorang kat dinding kedai sebelah. Sambil-sambil tu dia sibuk tengok jam kat handphone dia. Bila nampak aku jalan ke arah dia, Aera terus blah tinggalkan aku kat belakang. Itu maknanya dia memang nak aku ikut ke mana saja dia nak pergi waktu tu.

          ‘Loser gila dia ni!’ Aku tahu itulah ayat yang tengah terpampang dalam otak korang sekarang.

          “Aku belanja.”

          Ayat Aera bila tiba kat McDonalds. Aku tak balas apa sebab hmmmm.. Aku dah cakap tadi dia sorang yang SANGAT GARANG kan? Bila dia nak buat satu benda tu, biarkan. Lepas order itu ini, kitorang duduk kat meja yang agak tersorok nun jauh di sudut paling tersorok sekali dalam francais makanan tak sihat tu. Aera duduk depan aku; saling menghadap. Gitar dia letak tepi. Terus dia hadap apa yang kat depan mata tanpa mengajak aku makan sama. Takde perbualan langsung. Aku rasa Aera betul-betul lapar masa tu. Tiba-tiba, handphone dia berbunyi. Mesej masuk. Tiba-tiba lagi reaksi muka dia berubah. Tak tahu lah nak kata dia tengah senyum atau nak marah, dia pandang tepat ke dalam anak mata aku.

          “Joe..”

          Aera sebut nama aku pelan-pelan. Aku telan liur. Takut gak lah.

          PAPP!

          Tangan aku kena rentap kasar.

          “LARVA DAPAT JOIN BATTLE OF THE BAND TU! BESTNYA! YEAYY!” teriak Aera. Nada sehabis ceria. Aku sempat hela nafas lega sebelum senyum kasi naik mood dia.

          Band dia lagi. Larva sana, Larva sini. Bila entah Larva tu nak mencapai tahap kematangan lalu menginjak ke tahap dewasa aku pun tak tahu. Ke forever Larva?

          “Joe! Joe! Kita kena cepat-cepat makan ni. Rae dah panggil pergi practice sekarang! Kau nak ikut tak? Jom lah! Tengok aku main.”

          “Rasanya tak boleh lah. Saya kena balik lepas ni. Kena ajar Ricky math.”

          Damn. Mulut aku sejak bila pandai mengolah pendustaan?

          “Ricky? Siapa Ricky?”

          Aku diam kejap. Nampak sangat tak reti nak bohong orang. Loser gila kau, Ljoe.

          “Ricky, anak jiran sebelah,” aku jawab main kelentong. Padahal Ricky nama ayam member aku si CAP tu. Mati aku kalau Aera tahu.

          “Alaa.. tak boleh ikut lah ea?” nada ceria Aera hilang serta-merta.

          “Sorry.. lain kali ok.”

          “Kau tak pernah tengok aku perform.”

          Dia dah start dah. Sebab taknak jadi gaduh, aku diam. Aera sambung makan. Awkward.

*****

          Jam dah nak ke angka 9.15 malam. Aera jalan seiring aku; nak hantar aku balik katanya. Aku tahu sangat tak macho sebab perempuan yang kata ‘Aku hantar kau balik ea? Dah malam ni.’ Aku tahu tu /double facepalm/. Tapi, Aera nak jugak buat benda tu. Tak tahu lah situasi kitorang ni macam tersalah lahir jantina ke apa. Bila aku offer nak hantar dia sampai tempat jamming, Aera tolak mentah-mentah. Alasan Aera, ‘Jalan rumah kau dekat dengan tempat aku jamming. Apa salahnya. Lagipun kau kena ajar Ricky maths kan?’. Dusta yang memakan diri.

          “Joe, kau kenal Calum Hood tak? Bassist 5SOS. Aku minat gila dia! Best tau tengok dia perform,” kata Aera sambil dia gerak-gerakkan jari macam tengah main gitar. Mulut pulak buat bunyi gitar cara manual versi manusia. Aku tengok dia. Senyum. Biar dia terus bercerita.

          “Lepas tu Rae kata kalau kitorang menang battle of the band tu dia nak bawak Larva pergi Australia. Aku nak tengok 5SOS depan mata aku! Aera, fighting!”

          Aku masih senyum. Tak tahu nak cakap apa.

          “Selama ni awak kat position apa?” giliran aku aku bercakap. Karang Aera tuduh aku bisu kalau tak bagi respons.

          “Rhythm. Aku pernah bagitau kau kan dulu?”

          Aku angkat kening sekali. Punca – aku taktau apa-apa berkaitan gitar. Jauh sekali hal-hal perihal band. Aku tahu main piano je. Itu pun sebab masa kecik-kecik dulu mak aku paksa. Kalau aku cakap kat Aera yang aku malas nak dengar semua cerita pasal band dia, mesti dia kata aku geek yang menghadap laptop 24/7 sebab tak ambil tahu perihal semasa. Kononnya.

          “Aku fikir nak beli gitar baru lah. Apa pendapat kau?”

          “Gitar awak dah rosak ke?”

          “Takde lah rosak tapi hari tu aku nampak kedai gitar kat jalan seberang sana dia offer harga murah untuk satu Gibson SG merah. Aku dah lama usha benda tu tau.”

          “Why not. Beli jelah.” Hambar gila jawapan aku.

          Aera senyap. Aku tahu dia tak puas hati dengan jawapan aku tapi dia tak cakap. Kitorang senyap sampailah kat depan rumah aku. Aku pandang Aera. Dia diri depan aku tapi mata hadap jalan. Awkward gila.

          “Aku.. pergi dulu lah, ya,” kata Aera. Baru berapa langkah, aku pegang lengan dia. Tahan dia dari pergi. Drama sangat.

          “I’m sorry..”

          Aera pusing pandang aku. Dia senyum segaris.

          “Tak apa lah. Not a big deal. Chill~”

          “Tak. Saya kenal awak, Aera.”

          “Tak apa lah. Aku dah lambat ni nak practice untuk battle tu. Nanti Rae mengamuk, mati lah aku.”

          Oh, dia sebut pasal band lagi. Masa-masa macam ni pun dia nak ingatkan aku pasal band dia. Aku sebenarnya sangat fed up dengan cerita-cerita band, gitar, battle, blablabla.

          “Can’t you stop talking about your band?” Nada aku mula berubah. Aera toleh aku balik. Kali ni dia tak cakap apa-apa. Hanya pandang; mohon penjelasan. Dari air muka dia, aku tahu dia terkejut bila aku cakap macam tu. Aku lepaskan pegangan aku dari lengan dia. Kali ni aku nak lawan sifat loser aku yang dah sebati gila dalam diri.

          “Awak dah berubah, Aera. Awak dah tak kisah apa yang saya rasa, apa yang saya fikir, apa yang saya suka. Asyik saya yang kena ikut apa yang awak nak.”

          “Apa kau cakap ni, Joe?” Aera bersuara. Muka dia mula berkerut.

          “Salah saya, saya minta maaf. Salah awak? Saya juga yang minta maaf. Awak asyik cerita pasal band awak, gitar awak. Even tadi pun awak nak timbulkan pasal jamming, practice, battle semua tu.”

          Dia diam. Tunggu aku habis luah semua benda.

          “Kalau asyik saya yang kena mengalah, hubungan kita ni takkan ke mana, Aera. Lepas awak kenal Rae, awak kenal gitar letrik, awak kenal band apa benda nama Larva tu, awak langsung tak kenal diri awak. Awak tak kenal saya! Awak siap buat rambut ala-ala penyanyi rock mana-mana entah kat luar tu.”

          Urghh. Kenapa aku ada perasaan marah membara-bara sekarang ni? Soal rambut dia pun nak pertikai. Aku dah tak kisah dengan statement ‘dia seorang yang sangat garang’ tu lagi.

          “Kenapa sekarang kau baru nak complain?” nada sarkastik habis limit.

          “Saya sayang awak! Saya sokong apa yang awak nak buat. Tapi awak langsung tak fikir perasaan saya!”

          Sebelum aku makin memburukkan keadaan yang dah buruk, aku terus blah dari pandangan mata Aera. Aku rasa betul-betul sakit hati masa tu. Kesabaran aku habis teruji. Aku tak cakap apa-apa kat Aera dan terus menapak masuk rumah. Masuk bilik. Hempas badan kat atas katil. Beg kertas Converse aku campak ke mana-mana.

          Arghhhh! Stressnya!

*****

          Aku pandang skrin handphone kat tangan. Tak ada langsung tanda-tanda Aera nak pujuk aku ke, bagi penjelasan ke. Jauh sekali lah nak minta maaf. Kawasan sekeliling universiti ni pun macam hambar. Dah tiga hari berlalu sejak kes aku tiba-tiba dapat keberanian kuasa empat belas nak lawan Aera. Dah tiga hari jugaklah aku tak jumpa Aera langsung. Situasi ni macam zaman-zaman aku belum kenal Aera. Zaman-zaman aku hidup dengan dunia aku. Tak terfikir nak tahu macam mana dunia orang lain. Sampai satu hari ada sorang perempuan dengan gitar akustik kat bahu dia, cakap kat aku..

          “Ljoe. Nama kau Ljoe, kan? aku suka kat kau. Nak jadi boyfriend aku tak?”

          Confession dia sangat direct. Mula-mula aku fikir dia nak prank aku. Jadi aku tak ambil peduli pasal confession dia. Yelah, aku tak kenal dia kot. Mana pulak dia boleh kenal aku lepas tu tiba-tiba nak kata suka. Gila agaknya dia tu. Tapi sejak hari tu, Aera akan muncul tiap-tiap hari depan aku dan cakap benda yang sama. Nasib je dia course muzik dan aku course bahasa. Kalau tak mesti aku jumpa dia 24 jam. Dia yang gigih ikut aku, cari aku, tarik perhatian aku, entah macam mana hati aku boleh kata YA.

          Jujurlah, aku rindu dia sebenarnya.

          “Aera mana?” Satu suara menghentikan lamunan aku yang dah terlalu panjang. Aku toleh si pemilik suara kat sebelah. Bila masa dia duduk kat sebelah aku, aku pun tak tahu. Sena pandang aku dengan senyum di bibir.

          “Entah,” pendek aku jawab. Acuh tak acuh. Tangan mula selak helaian buku yang dari tadi terbuka depan mata. Aku je yang tak terasa nak baca. Sebab malas nak layan manusia-manusia berjantina perempuan sekarang ni, aku mula halakan mata ke bait-bait panjang berperenggan dalam buku.

          “Eh?! Kenapa?”

          “Kenapa apa?”

          “Korang gaduh ke?”

          “Mana ada.”

          “Kau ada perempuan lain?”

          “Taklah.”

          “Aera curang?”

           Serta-merta aku pandang Sena balik. Dia senyum mengejek.

          “Kau ni kenapa?” aku tanya Sena. Menyirap pulak dengan soalan-soalan dia tu.

          “Eleh, jealous lah tu.”

          “I’m not. Totally.”

          “Jadi, betul lah Aera ada lelaki lain?!”

          “Bukan lah! Dah! Aku pening kepala dengan kau ni! Pergilah!”

          “HAHAHA! Aku gurau jelah. Sentap sangat kau.”

          Kecik besar kecik besar je aku pandang si Sena yang tengah ketawa. Aku malas dah nak layan Sena. Aku pandang balik buku. Konon-konon nak study dengan harapan Sena pergi jauh. Tiba-tiba dia bersuara lagi.

          “Weh Ljoe, nak ikut aku pergi kedai CD tak petang ni? Aku nak cari album INFINITE lah. Aku ajak CAP dia kata dia ada presentation petang ni. Dia suruh aku ajak kau.”

          “INFINITE? Benda yang ada dalam maths tu ke?” aku jawab soalan Sena dengan soalan jugak. Tak pandang Sena langsung; asyik baca ayat-ayat yang berpusing-pusing dalam buku. Tiba-tiba je satu tamparan yang agak kuat lagi menyakitkan hinggap kat bahu aku.

          “Jangan nak hina INFINITE aku!”

          “Apa?”

          Apehal dia ni nak pukul aku tiba-tiba? Tak paham betul lah dengan kaum perempuan seantero dunia ni!

          “INFINITE aku bukan yang ada dalam maths tu. INFINITE aku udara,” jawab Sena. Sungguh aku tak paham apa yang dia cuba sampaikan kat aku. Aku garu kepala yang tak gatal dengan muka yang berkerut-kerut tanda aku betul-betul tak dapat hadam fakta yang Sena bagi.

          Ljoe. Ljoe. Ljoe. Aku rasa kau kurang satu fakta umum berkenaan alam sekitar. Mungkin INFINITE tu adalah nama lain untuk udara.

          “Ok. Aku ada kelas sekarang. Teman aku tau nanti! Bye!”

          “Eh! Aku tak kata..”

          Sena dah berlari pergi. Aku tengok je dia yang makin jauh. Tapak tangan ke dahi. Keluhan berat terlepas jua.

          Aera kerja kat kedai CD. Macam mana ni? Aku taknak jumpa dia!

*****

          “Ljoe! Jomlah! Jom!”

          Sena kunci lengan aku sambil dia sedaya upaya tarik aku masuk kedai CD yang dia nak pergi. Dalam keadaan terpaksa aku ikut. Yeah, memang kedai CD tempat Aera kerja. Kenapa kedai CD ni yang jadi pilihan hati Sena?!

          Mata melilau cari bayang Aera. Kot-kot shif dia petang pulak. Sesekali aku tutup muka pakai sling bag aku. Bila aku rasa selamat sebab tak nampak langsung Aera, aku diri dekat dengan Sena.

          “Kau kenapa bawak aku pergi sini?” bisik aku ke Sena. Sumpah dia ni selalu buat hidup aku kucar-kacir dari kecik sampai besar.

          “Kenapa?” Sena balas; jugak main bisik-bisik.

          “Aera kerja kat sini!”

          “Yeke? Ok lah tu! Aku boleh dapat diskaun dari dia!”

          “Dia pekerja jelah, bukan anak bos.”

          “Tapi dia kan girlfriend kau. Kau cakap lah aku kawan merangkap jiran sebelah rumah kau. Aku pun teringin nak tegur dia depan-depan.”

          “Aku tengah gaduh dengan dia. Aku taknak jumpa dia.”

          Kali ni Sena melopong pandang aku. Lepas berapa saat dia tutup mulut dia pakai tangan.

          “Jadi betullah Aera curang?!”

          “Taklah! Kau asyik sebut pasal curang dari tengahari tadi kenapa?”

          Suara orang berdehem memotong perbualan antara aku dengan Sena yang pada dasarnya cuma bisik-bisik macam lah kitorang ada dalam perpustakaan negara. Aku dengan Sena serentak pusing belakang.

          Aera.

          O. M. G. Dia kerja waktu ni!

          Tangan Aera perlahan mencapai CD yang terletak betul-betul kat tempat antara aku dengan Sena berdiri; menghadap rak CD. Sena melopong lagi. Lepas tu dia pandang aku. Aku pandang Sena balik. Aera langsung tak ambil kisah kewujudan aku kat situ. Lepas dia ambil CD tadi, Aera terus pergi kat kaunter dan tunjuk kat sorang pelanggan yang tengah tunggu untuk dilayan. Dengan sikap Aera yang seolah-olah nak aku minta maaf lagi, aku jadi bengang. Bengang gila.

          “Ljoe, dia tak hiraukan kau.”

          Tak payah cakap, aku dah tahu.

          “Dah lah dia tak kenal aku. Kalau dia salah anggap aku girlfriend baru kau macam mana? Cari nahas lah kau ni!”

          Aku perhati Sena lama-lama. Tiba-tiba muncul perancangan yang aku rasa boleh mengubat rasa bengang aku tadi.

          “Kau pergi lah cari INFINITE udara apa benda semua yang kau nak cari.” Sena yang baru teringat tujuan utama dia pergi kedai CD terus blah tinggalkan aku. Aku jalan kat rak CD berdekatan dengan kaunter; dekat jugak dengan Aera.

          “Terima kasih,” sebaris perkataan yang Aera sebut untuk pelanggan tadi. Sebab nak tunggu si Sena habis menelaah setiap CD kat satu sudut kedai, aku pun menyibukkan diri dengan tengok-tengok setiap tajuk kat CD depan aku. Sesekali aku jeling apa yang Aera tengah buat dari hujung anak mata.

          Dia dah potong rambut. Tak ada lagi warna-warna hijau kat rambut dia.

          Kejap. Urghh! Dia tak nampak ke aku kat sini? Nak aku mengalah ke apa? Oh, no no no no. Kali ni kau kena kental, Ljoe.

          “Joe! I found it!”

          Sena muncul sebelah aku dengan album cover lelaki-lelaki entah apa-apa gaya siap tulisan Destiny. Aku senyum kat Sena. Lepas tu aku ambil album tu dari tangan dia dan bawa pergi ke kaunter. Kaunter tempat Aera yang sibuk sangat kerja sampai taknak pandang aku mahupun tegur tu.

          “Saya bayarkan,” itu yang aku cakap kat Sena. Walau hati aku sebenarnya membuak-buak dengan niat lain.

          “Hah?!”

          “Saya bayarkan CD awak ni..” aku ulang suara. Kali ni Sena besarkan mata tengok aku. Lepas tu dia pandang Aera sekilas. Aku tahu dia tak percayakan aku sekarang. Aku pun tak percaya dengan apa yang aku tengah buat. Tak tunggu lama aku terus serahkan album tadi kat Aera untuk bayar. Sambil tunggu Aera nak pulang duit baki aku, aku pandang Sena dan kata,

          “Lepas ni kita tengok wayang nak?”

          “Hah?”

          “Tengok wayang nak tak?”

          Sena ni kenapa jadi lembab tiba-tiba?

          “Haa..”

          Itu je yang si Sena tu balas. Aku tahu dia tengah tak faham kenapa aku tiba-tiba kata nak belanja dia CD. Lepas tu aku ngajak dia tengok wayang pulak. Ni kalau CAP tahu aku ngajak awek dia tengok wayang, confirm melayang penumbuk dia kat muka aku. Aku jeling kat Aera. Mana tau plan aku membuahkan hasil yang aku nak.

          “Terima kasih. Datang lagi,” kata Aera. Serius lah. Dia betul-betul tak endahkan aku kat depan dia. Aku tengok muka dia langsung tak ada bibit-bibit menyirap ke, sakit hati ke, jealous ke. Makin bertambah bengang aku bila dia selamba badak je dengan aku macam tak ada pape yang berlaku.

          Keluar je dari kedai CD, Sena membebel panjang kat aku.

          “Kau ni memang sengaja buat macam tu ke apa? Kalau dia salah faham macam mana?”

          Soalan Sena aku tak jawab. Aku hulur tangan aku kat Sena; mintak dia bayar balik album dia yang aku beriya kata nak belanja tadi.

          “Kau yang kata nak belanja kan? Buruk siku lah kau!”

          “Tak kira, pulangkan balik duit aku.”

          “Kau saje je kan buat macam tu depan Aera? Ingat aku taktau?”

          “Dah tu? Bayar balik.”

          Sena membebel dan terus membebel tapi dia keluarkan jugak duit dia dari dompet untuk aku. Sena ni tak macam Aera. Dia punya kuasa membebel tu tak pernah nak kurang. Aera pulak jenis yang cakap panjang-panjang lepas tu dia senyap berjam-jam. Handphone aku tiba-tiba berbunyi. Aku tengok skrin; one message received.

          Jangan lupa bawak payung. Malam ni hujan. Kesian girlfriend kau nanti.

          Terkebil-kebil aku baca mesej tu. Nama pengirim – Cinta.

          Cinta = Aera.

          Aku baca balik sebaris mesej daripada Aera tu. Lepas 3 hari dia tak contact aku dan aku pun tahan diri daripada contact dia, ini mesej first yang dia bagi. Mesej yang jelas nak kata dia tak ada rasa sikit pun cemburu pasal tadi.

          Siapa girlfriend siapa sekarang ni?

*****

          Hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Aku teringat mesej Aera petang tadi yang suruh aku bawak payung. Ya, aku ikut pesan dia. Tapi aku tak dengan girlfriend aku malam ni. Aku keluar pun sebab mak aku suruh beli susu untuk sarapan esok. Masa keluar rumah tadi tak hujan langsung. Bila aku nak balik, aku tengok rintik air kat mana-mana. Nasib aku bawak payung maka aku boleh berjalan balik ke rumah. On the way nak balik aku lalu depan kedai CD tempat Aera kerja tu. Dah tutup.

          “Achoo!”

          Aku toleh balik kedai CD yang dah gelap tu bila dengar ada suara orang bersin. Nampak bayang manusia kat penjuru kedai; bersandar kat dinding. Entah kenapa kaki aku tukar hala pergi ke kedai CD yang dah tutup tu. Bila aku dah kat depan kedai, aku nampak Aera yang tengah bersandar. Dia selubung badan dia dengan jaket kulit yang biasa dia pakai pergi mana-mana. Baru balik jamming kot. Bila dia nampak aku, reaksi dia macam terkejut.

          Hati aku bersungguh nak paksa aku tanya Aera macam-macam soalan. Kenapa ada kat sini malam-malam hujan pulak tu? Baru habis kerja ke? Sejuk tak? Kenapa tak bawak payung? Dah makan belum? Kepala aku pulak tetap dengan ego melangit. Jadi, aku tak cakap apa-apa kat Aera. Baru nak hulur payung aku kat dia dengan harapan dia boleh pakai payung aku dan balik rumah dia, datang sorang lelaki tinggi rambut blonde pacak-pacak dengan payung kat tangan. Masa tu aku dapat rasa yang kata-kata Sena siang tadi.. jadi realiti – Aera curang.

          “Aera, aku dah beli payung..” lelaki tu berhentikan ayat dia bila nampak aku kat situ. Muka penuh tanda tanya.

          “Kau lambat sangat kenapa, Rae? Sejuk gila kau tahu tak?” Aera bersuara.

          What? RAE? Rae… is a man?

          Bila dengar Aera bercakap dengan dia, lelaki yang nama Rae tu terus tak ambil peduli kewujudan aku. Mungkin dia anggap aku tumpang berteduh jugak malam tu.

          “Sorry lah aku lambat. Jom balik. Aku hantar kau,” kata Rae.

          Selama ni mati-mati aku fikir manusia yang selalu disebut-sebut Aera dengan nama Rae tu sorang perempuan rupanya sangkaan aku terpesong 360 darjah. Aku tengok je Aera ikut lelaki nama Rae tu jalan dalam hujan. Pakai satu payung. Sama-sama usung gitar kat bahu. Aku sedar yang Rae lagi tinggi dari aku.

          Aku rasa sangat loser. Kali ni double loser.

*****

           Morning.

           Sepatah mesej dari Aera di pagi hari. Aku tak balas. Aku teringat detik-detik dia tinggalkan aku minggu lepas. Dengan tak cakap apa-apa, dengan lelaki yang selama ni aku anggap sorang perempuan. Jujurlah, aku agak patah hati. Aku anggap Aera salah hantar mesej. Dia nak hantar kat Rae tapi tersilap hantar kat aku.

          Aku nak jumpa kau nanti. Nak cakap pasal band.

          Mesej kedua dari Aera. Aku rasa sangkaan aku betul. Aera memang nak hantar mesej kat Rae. Takkan nak cakap pasal band dengan aku? Urghh. Stress lah! Kenapa mesti nak salah hantar kat aku? Saja nak tayang kebahagiaan diorang ke apa?

          “Ljoe!” Sena jerit nama aku dari jauh.

          Aku taknak cakap dengan semua orang hari ni. Aku tak layan Sena dan terus blah. Entah kenapa aku rasa macam nak nangis. Tapi tak ada lah tahap mengalir-ngalir air mata. Feeling je yang ada. Jalan laju-laju, tiba-tiba aku terlanggar orang. Aku tengok CAP kat depan aku.

          “Hei… kau kenapa ni?”

          Aku pandang CAP tapi aku tak jawab soalan dia. Lepas terkebil-kebil untuk beberapa saat depan dia, aku blah. Sungguh aku tak ada rasa nak layan orang hari ni. Aku nak balik rumah.

*****

          Tarikh 23 November yang ada bulatan merah kat kalendar aku renung lama-lama. Lagi lima belas minit dah 23 November. Otak aku melayang-layang fikir ni mungkin birthday paling tak best untuk tahun ni. Aku baca balik mesej daripada Aera siang tadi.

          Aku nak jumpa kau nanti. Nak cakap pasal band.

          Argghh. Geramnya. Dia lupa birthday aku ke? Asyik band je dalam kepala dia!

          “Ljoe! Ljoe! Kau ada kat rumah tak?”

          Sayup kedengaran suara CAP dari luar rumah. Aku bangkit dari katil pergi ke tingkap bilik yang terus menghadap jalan. CAP lambai-lambai tangan kat aku. Aku nampak dia bawak satu kotak berbalut. Terus aku turun aras bawah dan buka pintu depan rumah. Belum sempat aku cakap apa-apa, CAP terus hulur kotak berbalut  tu kat aku.

          Apa mimpi dia datang bawak hadiah?

          “Sena bagi. Esok birthday kau kan? Dia kata happy birthday.”

          Oh, Sena. Mesti dia terasa dengan aku siang tadi sampai tahap suruh CAP yang sampaikan hadiah.

          “Mana dia?” Aku tercari-cari bayang Sena kat luar, kot-kot dia datang sekali.

          “Dia kat rumah dia lah. Bukan jauh pun, sebelah je kan? Ni aku hantar pun sebab dia kata kau taknak layan dia petang tadi.”

          “Eh, aku tak marah dia tau.”

          “Rilek ah. Dia ok je. Kau tu apehal?”

          “Tak ada pape lah. Kau takde hadiah untuk aku jugak? HAHAHA.”

          “Aku? Aku bagi dalam mimpi kau nanti. Dah lah, aku nak balik. Happy birthday!”

          Dah aku agak, CAP memang takde bawak hadiah untuk aku. Lepas ucap terima kasih aku terus tutup pintu dan naik ke bilik semula. Excited nak bukak hadiah gara-gara kempunan nak dapat hadiah dari Aera. Sudahlah Ljoe, dia pilih band dia dari kau.

          Dengan penuh berhati-hati aku bukak kotak yang Sena bagi guna perantara tadi. Ada satu kotak kasut converse yang disertakan sekali dengan sekeping CD tertulis ‘play me first’.

          “Minah ni nak kasi surprise pakai CD INFINITE dia ke apa?”

          Sebab hati aku merengek-rengek nak tahu ada apa dalam CD tu, aku terus on laptop. Gelojoh gila la nak tunggu laptop papar skrin desktop, aku siap gerak-gerakkan jari kat meja. Rasa lambat gila sistem laptop aku beroperasi malam ni. Aku terus masukkan CD kat bahagian player bila laptop aku dah betul-betul stabil nak bekerja.

          Loading ---

          Keluar pop out player yang main format MP3. Aku kuatkan volume laptop.


Klik sini

*Tonight, the entire time while I’m walking you home
You told me that I have changed
That I’m not considerate of you
You complain
Is love always like butterflies to you?
To me, it’s being comfortable
I don’t set apart time to think about you

    Aku tergamam. Ini bukan Sena. Aku kenal aura ni. Orang yang aku rindu.

 *I always think about you
Yes, I think about you
Even on busy days, each moment, I see you in each of those moments
I can’t show you everything but you can feel a little too, right?
I always think about you
Every day, I think about you
Even at the moment when I fall asleep and dream
I think about you, smiling in front of me

          Setiap bait lirik lagu tu macam nak sampaikan sesuatu kat aku. Aku jadi rindu. Aku rasa nak jumpa dia sekarang jugak.

      *Do you remember? The day I confessed my love to you
       I didn’t prepare a special event but you accepted me
       In my heart always, like now
       I always think about you

          “Ljoe. Nama kau Ljoe, kan? aku suka kat kau. Nak jadi boyfriend aku tak?”

      *Each moment that we spent together is so precious to me
       So I can’t express it all in words but I’ll show it to you little by little
       I always think
      Every day I think
      When I wake up early in the morning…
      I think about you, the happiest person
      Looking at you smiling in front of me
      I love you..

         Habis je lagu aku dengar suara Aera bercakap.

          “Hai, Joe..”

          Hai.

          “.. Terkejut tak? Haha.”

          Gila. Terkejut gila.

          “.. Kau kenapa dah tak mesej aku lagi? Aku terpaksa pakai cara ni sebab kau dah tak nak layan aku.”

          Awak yang tak layan saya, Aera.

          Rakaman suara Aera berjeda. Agak lama.

          “Akhir-akhir ni aku fikir balik apa yang kau cakap kat aku dua minggu yang lepas. Malam. Kat depan rumah kau. Masa tu aku nak pergi jamming. Kau ingat tak?”

          Skrin laptop aku pandang. Kosong.

          “… Joe, aku nak minta maaf. Bila aku nyanyi lagu tadi, aku mesti ingat kau. Aku tahu suara aku tak sedap. Kau jangan buat aku macam tunggul kayu lagi lepas ni. Janganlah merajuk dengan aku.”

          Aku ke yang merajuk?

          “.. Aku dah potong rambut aku. Kau nampak kan? Hari tu kau kata kau tak suka rambut aku yang style rock entah apa-apa.”

          Kali ni aku senyum. Sebenarnya aku tak kisah rambut dia fesyen apa pun. 

          “.. Kau nak tahu tak? Larva menang battle of the band hari tu. Sebab kau tak ada, aku rasa hambar. Kau kenapa tak balas mesej aku?”

          Enough with the band.

          “Haa.. hari ni 21 November. Lusa birthday kau. Betul tak?”

          Aku pandang kalendar. Oh, Aera record benda ni dua hari yang lepas lah?

          “Aku nak bagi kau hadiah awal sebab lepas ni aku tak tahu lah bila kita boleh jumpa lagi. Esok hari last aku kat sini.”

          Aku terkebil-kebil. Hari last?

          “.. Kau ingat lagi tak dulu aku pernah kata kalau Larva menang battle tu Rae nak bawak kitorang semua pergi Australia? ... Aku fikir benda tu main-main.”

          Senyap. Jangan kata...

          ".. Lepas tu aku dapat berita yang kitorang dapat offer untuk sign contract dengan satu company kat sana. Aku.. aku.. hmm.. Kau ingat tak aku kata aku nak tengok Calum Hood depan mata?"

          Berdebar. Dunia aku rasakan berhenti berputar.

          "Jadi, aku setuju nak ikut band aku."

          Aera diam dalam jangka masa yang lama. Tiba-tiba dia ubah topik.

          “Cantik tak hadiah yang aku bagi? Kau dah tengok belum?”

          Aku terus bukak kotak kasut converse yang dari tadi aku abaikan. Converse merah yang aku nak sangat beli dua minggu lepas masa hari aku gaduh dengan Aera ada kat dalam tu. Sumpah aku rasa nak menangis masa ni.

          “HAHAH. Hari tu aku paksa kau beli kasut hitam kan? Tapi tengok dari muka kau je aku tahu kau nak sangat kasut merah tu. Aku dah beli kasut tu untuk kau bulan lepas masa aku dapat gaji weh! Takkan lah aku nak biarkan kau beli kasut yang sama.”

          Ni Aera. Jenis yang tiba-tiba. Dia selalu buat aku salah faham dengan semua benda yang dia tengah rancang!

          “.. Joe.. Aku harap kau orang yang paling faham aku, impian aku, cita-cita aku..”

          Tolong.. aku nak benda yang aku dengar sekarang ni adalah prank dari Aera.

          “.. aku nak senyum kat kau dari atas stage dan masa tu kau tengok aku perform.”

          Aera, kat sini pun kau boleh buat benda tu! Kenapa nak pergi jauh?!

          “.. Lagi satu, kau pun jangan risau pasal Rae. Rae tu dah macam abang aku. Kau mesti fikir aku ada affair dengan Rae malam yang kau datang kat aku masa hujan minggu lepas? Tengok muka kau je aku dah tahu. I’m the one who confessed, right? Jadi, sampai bila-bila pun aku akan suka kau, Joe. Masa kau kata okay kat aku dulu, serius, aku tak percaya.”

          Rakaman berakhir macam tu je. Terpinga-pinga aku pandang skrin laptop. Mana lah tahu hang ke apa ke laptop aku buat hal ke. Masa tu aku macam dengar berita yang tergantung tak ada penghujung. Sebab tak puas hati tambah dengan perasaan aku yang bercampur baur, aku terus cari handphone dan call si Aera. Tak ada balasan. Hampir 10 kali aku cuba tapi tetap sama. Dia dah gerak pergi Australia ke? Dalam keadaan cuak, aku terus call Sena pulak.

          “Sena! Aera.. Aera.. Kau ada jumpa dia ke?” itu ayat yang aku mula cakap kat Sena bila talian bersambung.

          “Kau kenapa macam orang kena kejar hantu? Aera.. tadi dia ada jumpa aku. Terkejut jugak lah. Hah! CAP ada hantar hadiah kat kau tak? Tu dari Aera. Aku lupa nak cakap kat CAP tadi.”

          “Tadi tu bila?”

          “Ada lah dalam empat lima jam yang lepas.”

          “Itu bukan tadi!”

          “Kau tak payah lah nak marah aku. Kau ni kenapa?”

          Garu kepala. Kusut gila masa ni. Aku nak jumpa Aera.

          “Haa.. Masa Aera bagi kotak tu kat kau, dia ada cakap apa-apa tak?”

          Aku mesti cari Aera malam ni jugak. Mesti.

          “Dia kata ‘tolong bagi kat Ljoe, eh? Aku mesej dia, dia tak balas. Kau girlfriend baru dia kan?’ Gila kau. Kesian dia percaya lakonan kaku kau dulu. Aku pun kata lah aku kawan kau je. Lepas tu..”

          Talian diputuskan. Dari aku buang masa borak dengan Sena yang tak tahu apa-apa baik aku cari Aera. Aku nak tengok dia depan mata aku. Dalam erti kata lain, aku taknak dia pergi.

          Bodoh, Ljoe. Baru sekarang kau terhegeh-hegeh nak cari dia. Dulu kau ego.

          Dalam keadaan malam yang sejuk bersalji tu aku lari cari Aera. Aku pergi kat kedai CD tempat dia kerja; tak ada. Aku pergi tempat jamming dia; pun tak ada. Kedai gitar, dan semua tempat yang biasa dia singgah semua tak ada.

          Tolonglah. Jangan kata dia betul-betul dah pergi!

          “Joe.”

           Aku toleh belakang. Dengan nafas putus-putus cari udara. Aera senyum kat aku. Kat tangan, dia pegang roti yang dah separuh kena makan. Muka dia langsung tak ada tunjuk sedih ke gembira ke kecewa ke. Muka batu yang tengah senyum kat aku.

          Rasa rindu aku kat dia dah tak boleh nak tahan lagi dah. Aku terus lari kat Aera dan peluk dia semahu aku. Lega sangat. Dia ada kat depan aku!

          “Kau kenapa, Joe?” Aera tanya aku. Dia tak balas pelukan aku sebab tangan dia sibuk pegang roti.

          “Awak tak pergi mana-mana kan? Tak pergi Australia kan? Tak kan? Cakap dengan saya yang awak tak pergi.”

          Diam. Aera tak terus jawab soalan aku. Tiba-tiba tangan dia pukul bahu aku dari belakang.

          “Bodoh," bisik Aera.

          Aera mula menangis. Dia tekup muka dia kat bahu aku. Ini first time dia tunjuk sisi dia yang aku tak pernah nampak.

          "Baru sekarang nak cakap dengan aku! Penat aku cari kau siang tadi tau. Semua orang kata kau dah balik. Dah lah tak balas mesej aku! Malu gila aku pusing-pusing satu uni lepas tu tanya 'Ljoe ada tak?' Kalau aku betul-betul pergi Australia macam mana?”

          Aku nak lepaskan pelukan tapi Aera tahan. Dia paksa aku untuk terus peluk dia.

          "Janganlah! Muka aku buruk ni!"

          Sebab tak tahu nak buat apa sekarang, aku biar je Aera menangis kat bahu aku.

           "Kau kenapa taknak layan aku? Aku rindu.." kata Aera. Kali ni aku dengar suara dia betul-betul macam orang yang tengah menangis.

          Tengok. Aku salah faham. Jadi, mesej dia yang sebelum-sebelum ni memang untuk aku lah? Ljoe. Bodoh lah kau ni.

          "Lagi satu, kau tipu aku"

          “Hah?”

          Tak faham.

          "Sena! Mati-mati aku fikir dia girlfriend baru kau! Kau tak pernah cakap kau ada jiran cantik macam dia. Habis tu Ricky tu adik dia eh?"

          Gelak.

          "Tak. Ricky tu nama ayam boyfriend Sena."

          "Ingat kelakar lah tu?"

          Aera lap air mata dia. Dia tolak aku jauh dari dia. Aku pandang dia tapi dia tak toleh langsung kat aku.

          "Hmm... awak tak jadi pergi Australia, kan?" aku ulang balik soalan aku awal-awal jumpa Aera tadi.

          "Tak. Aku cancel cita-cita aku nak jumpa Calum Hood sebab kau."

          Oh, tersentuh gila. Selama ni aku fikir dia selalu pentingkan diri. Rupanya taraf aku lagi tinggi dari Calum Hood dia.

          “Larva?”

          “Diorang dah gerak dah.”

          “Aera.. saya..”

          “Dah jangan bebel. Birthday boy tak boleh membebel.”

          Aera sumbat mulut aku dengan roti dia. Tengah sibuk nak makan cara paksa tu Aera tiba-tiba kata,

          "Joe, kau ingat tak dulu kau pernah bagi roti kat sorang perempuan yang main gitar tepi jalan?"

          Aku kunyah gumpalan roti yang tak terhabis dalam mulut. Sambil-sambil tu aku fikir kisah-kisah silam zaman tok kaduk aku. Rasanya pernah. Kot. Itu pun sebab aku nampak perempuan tu nampak macam lapar sangat.

          "Kau mesti tak perasan yang perempuan tu sebenarnya aku, kan?"

          Aku pandang Aera. Dia serius atau saja nak prank?

          "Hah! Dapat tak kasut merah yang kau nak sangat tu?"

          Angguk laju-laju. Terima kasih, Aera.

          "Jangan merajuk dengan aku lagi, tau."

          Bila masa aku merajuk. Kau yang tak nak pandang aku. Asyik aku je salah. Haih~

          “Hah! Joe! Joe! Joe! kau nak tau tak? Aku kan ada impian baru. Penat aku fikir tau,” kata Aera bersungguh.

          Angkat kening. Tak mampu nak cakap dengan mulut penuh roti.

          “Kita kahwin nak?”

          Habis tersembur roti yang ada dalam mulut aku. Aku pandang Aera. Dia ketawa. 

          Dia dah start jadi orang yang aku tak boleh nak jangka.



*translation
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hi~ Sedia maklum aku memang tak buat fanfic lagi. Aku rasa fanfic buang masa aku. Tapi aku still membaca lah. Aku kan ulat buku BHAHHAHAHAHHAHA. This oneshot is dedicated to 'the another me' [KAU TOLONG JANGAN SUKA LUKE AKU. BAI]. She requested a story between her and Ljoe. Yeah I used to love Ljoe too. Sebelum Myungsoo muncul mewarnai hari-hari aku. Thehe~ Feel nak menggarap idea semakin berkarat so.... ta-dah! Ni hadiah birthday untuk tahun depan. Aku lapo. Nak makan. Bai.